[ZAHAFIZ MUSLIM TOURS PACKAGE]

Iraq + Kuwait

5-14 Mac 2023
11 Hari 10 Malam

RM 9,990

Baghdad (3 Malam) + Basra (2 Malam) & Karbala (3 Malam) + Kuwait (1 Malam)
Maklumat Penerbangan & Tarikh
21 MAY 2023 KU 410 KUL/KWI 0120/0420
30 MAY 2023 KU 409 KWI/KUL 0925/2240
05 NOV 2023 KU 410 KUL/KWI 0120/0420
14 NOV 2023 KU 409 KWI/KUL 0925/2240
Tempah promosi trip istimewa 2024 ke Iraq + Kuwait hanya bersama Zahafiz Travel. Atau hubungi terus pegawai jualan kami dengan menekan butang Whatsapp yang disediakan di bawah.

Aturcara Program

Hari 01

Sabtu

Lokasi

Kuala Lumpur (KLIA)

Makan & Minum

Tiada

Berkumpul di KLIA, pada jam 10:00 malam untuk urusan bagasi, pengeluaran boarding pass serta taklimat.
Hari 02

Ahad

Lokasi

KUALA LUMPUR – KUWAIT- BAGHDAD

Makan & Minum

SP/MT/MM

Berlepas ke Kuwait pada jam 1:20 pagi. Tiba di Kuwait pada jam 4:20 pagi. Selesai urusan imigresen dan pengambilan bagasi, kita akan dibawa sarapan pagi. Bertolak ke Boarder Kuwait dan Iraq (Abdali/Safwan).Selesai urusan di imgresen bertolak ke Baghdad dan tiba 9-10 malam.kita akan dibawa makan malam di restoran. check-in hotel. Bermalam di Baghdad.
Hari 03

Isnin

Lokasi

BAGHDAD

Makan & Minum

SP/MT/MM

Sarapan pagi di hotel, Bertolak jam 10 pagi ke Taq-I Kisra,satu – satunya struktur yang tinggal di bandar purba ctesiphoni.Selepas itu Bertolak ke Komplek perkuburan Salman Al farisi.Disitu terdapat kubur Sahabat Nabi Salman Al Farisi,Huzaifah Al- Yamani,Abdullah Bin Jabir dan Piut Nabi Syed Tahir Bin Muhamad Bakir Bin Ali Zainal Abidin Bin Saidina Ali.Makan tengahari di Restoran Tempatan.Selesai Makan terus Pulang ke Hotel untuk Solat Jamak Ta’hir Zohor/Asar.Selesai Solat akan keluar jam 6 petang untuk ke Bazar di Baghdad.Selepas itu ke Tahir Square.Makan malam di Restoran.Bermalam di Baghdad.
Hari 04

Selasa

Lokasi

BAGHDAD

Makan & Minum

SP/MT/MM

Sarapan pagi di hotel.Kita akan Bermula Lawatan ke Kubur Sheikh Abdul kadir Al-Jailani.Selepas itu ke Maqam Nabi Yusha Bin Nun,Sheikh Bahlul,Sheikh Al-Junaid Al – Baghdadi dan Shiekh Abu Hassan Al – Sirri. Selepas itu makan tengahari restoran tempatan. Kemudian terus ke Kubur Shiekh Al Maarof Al – Karhi dan Kubur Siti Zubaidah Isteri kepada Khalifah Harun Al – Rashid. Maqam Imam Al – Ghazali dan Kubur serta Masjid Imam Abu Hanifa pengasas Mazhab Hanafi.Selepas itu ke Baghdad Mall dan Makan malam.Bermalam di Baghdad.
Hari 05

Rabu

Lokasi

BAGHDAD – BABYLON - KARBALA

Makan & Minum

SP/MT/MM

Sarapan di hotel dan check-out awal. Kita akan Bertolak ke Babylon – Babylon adalah kerajaan utama di Mesopotamia kuno dari abad ke-18 hingga ke-6 SM. Ibu kota yang memberi nama itu dibina di atas Sungai Eufrat dan dibahagikan kepada bahagian yang sama di sepanjang tebing kiri dan kanannya, dengan benteng yang curam untuk memuat banjir bermusim di sungai. Jika masa membenarkan, kita akan meneruskan lawatan dengan melawat ke Istana Saddam berhampiran; Saddam’s Palace – Selain Taman Tergantung Babylon, salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia, telah hilang, satu lagi kemusnahan yang lebih baru telah menjadi tarikan di Iraq. Sebuah istana yang dibina Saddam Hussein berhampiran tapak purba Babylon telah dibuka kepada orang ramai Dan melawat Amphitheater. Pada waktu petang kita akan memandu ke arah timur menuju Karbala. Makan malam dan bermalam di Karbala.
Hari 06

Khamis

Lokasi

KARBALA – KUFA - NAJAF

Makan & Minum

SP/MT/MM

Sarapan pagi di hotel.Bertolak ke Kufa dan melawat Masjid tempat Saidina Ali di tikam oleh Abdul Rahman bin muljam.Didalam Masjid itu juga terdapat Kubur Muslim Bin Aqil,Hani Bin Urwah dan Sheikh Mukhtar Al – Saqafi.Dan melawat rumah Saidina Ali . Selepas itu melawat Masjid Sahlah.dan Nabi Idris.Bertolak ke Najaf dan Melawat Masjid dan Kubur Saidina Ali.Disitu terdapat perkuburan yang terbesar di dunia ( wadi As-salam ) 6 juta perkuburan di situ. Juga terdapat Maqam Nabi Hud Dan Nabi Saleh.Bermalam di Karbala.
Hari 07

Jumaat

Lokasi

KARBALA

Makan & Minum

SP/MT/MM

Sarapan pagi di hotel . Bermula Lawatan ke masjid dan Kubur Saidina Hussin dan Tempat Beliau di Pancung Kepalanya Ketika pertempuran di karbala.Kemudian Melawat masjid dan Kubur Saidina Abbas Adik kepada Saidina Husin berlainan Ibu yang terbunuh ketika peperangan di Karbala .Makan malam dan Shooping di bazaar Karbala. Bermalam di Karbala.
Hari 08

Sabtu

Lokasi

KARBALA – NASIRIYAH - BASRAH

Makan & Minum

SP/MT/MM

Sarapan pagi di hotel dan check out. Kita akan Bertolak ke Basrah melalui Nasiriyah dan bermula lawatan ke ziggurat of ur.Adalah Piramid Neo – Sumeria..Selepas itu ke Daerah Marshes Al – chibayish. Makan tengahari. Kemudian akan terus perjalanan ke Basrah.Makan malam di restoran dan Bermalam di Basrah.
Hari 09

Ahad

Lokasi

BASRAH

Makan & Minum

SP/MT/MM

Sarapan pagi. Selepas itu kita akan ke ziarah Zubayr ibn al-Awwam – adalah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. dan merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga) serta berkeupayaan untuk berperang dengan dua pedang dalam satu masa, walaupun ketika menunggang kuda. Talhah ibn Ubaidillah – merupakan salah satu di antara para sahabat yang terawal masuk Islam dan juga merupakan salah seorang dari 10 sahabat yang telah dijamin oleh Rasulullah SAW bagi mereka memasuki syurga tanpa perlu dihisab. Kedudukannya terletak selepas Sayyidina Ali. Abu Sa’id al-Hasan ibn Abi-l-Hasan Yasar al-Basri – ialah ahli teologi Arab terkenal dan Cendekiawan Muslim. Rabiah Al-Adawiyah Rabi’ah Basri – adalah seorang sufi wanita yang dikenal karena kesucian dan kecintaannya terhadap Allah. Imam Malik Rahimahullah – nama sebenar beliau Malik bin Anas bin Malik bin `Amir Al-Harith. Berkat usahanya yang gigih dan bersungguh-sungguh, akhirnya beliau muncul sebagai seorang ulama, hartawan, dermawan, dan berjaya memegang jawatan Mufti Besar di Madinah. Muhammad ibn Sirin – ialah seorang tabi’in yang lahir pada abad kelapan Masihi, dan merupakan sahabat kepada Anas bin Malik. Beliau dianggap oleh sesetengah pihak sebagai pentafsir mimpi, Seterusnya,Basra Mall dan makan malam. Bermalam di Basra.
Hari 10

Isnin

Lokasi

BASRA – KUWAIT

Makan & Minum

SP/MT/MM

Selepas sarapan pagi dan check-out hotel. Kita akan terus bergerak ke Boarder Safwan/Abdali. Makan tenghari.kita akan dibawa Kuwait Tower, Grand Mosque dan membeli-belah ke Souq Al Mubarakiya, merupakan pasar tradisional yang popular ini terletak di Bandar Kuwait. Pasar ini telah wujud sekurang-kurangnya 200 tahun. Selesai lawatan, kita akan dibawa makan malam dan check-in hotel. Bermalam di Kuwait.
Hari 11

Selasa

Lokasi

KUALA LUMPUR

Makan & Minum

SP/MT/MM

Bertolak ke Airport Kuwait pada jam 5.30 pagi. Urusan Imgeresen dan Bagasi.Bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 9:25pagi dan tiba di KLIA pada jam 10:40 malam.

Harga Pakej Termasuk:

  • Penerbangan Kuwait Airways, pergi balik Economy Class.
  • Berat bagasi 23kg/seorang.
  • Hanya 1 beg dibenarkan untuk check-in.
  • Airport Tax pergi dan balik
  • 9 Malam penginapan seperti didalam aturcara. Hotel 4/5 Bintang. 2 orang sebilik (Twin/Dbl).
  • Jadual makan dan lawatan seperti didalam aturcara.
  • Pengangkutan seperti didalam aturcara.

Harga Pakej Tidak Termasuk:

  • Lebihan bagasi.
  • Tipping USD 50/pax untuk Driver / Tour Guide / dan Porter di Hotel.\
  • Lawatan luar daripada aturcara pakej.
  • Tambahan caj Visa Iraq & Kuwait bagi passport Malaysia, Brunei, Indonesia. (Caj bayaran akan dimaklum kelak)
  • Perbelanjaan sendiri seperti telefon, dobi dan lain-lain.
  • Insurans 70 tahun kebawah USD 67/seorang.
  • Insurans 70 tahun keatas USD 77/seorang.

Nota Penting:

  • Sila pastikan telah menerima sepenuhnya 2 suntikan Dos vaksin (sinovac/pfrizer/astra zeneca).
  • Jadual penerbangan bergantung pada kekosongan Airline.
  • Sebarang naik taraf seat penerbangan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh penerbangan.
  • Perjalanan aturcara tertakluk kepada perubahan.
  • Harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan semasa.
  • Pihak syarikat berhak untuk mengubah hotel penginapan dari hotel yang dinyatakan di dalam brosur atau surat pengesahan pakej diatas sebab-sebab tiada kekosongan atau masalah kerosakan bilik.
  • Sekiranya berlaku, kami tidak memberi jaminan tetapi akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan hotel penginapan ganti yang setaraf atau lebih baik.
  • Harga semua pakej didalam brosur ini adalah mengikut nilai matawang MYR semasa.
  • Oleh kerana nilai matawang MYR berubah berbanding US Dollar (USD) atau lain-lain matawang berkaitan, harga pakej boleh berubah mengikut kadar nilaian MYR semasa berbanding nilaian matawang asing tersebut.
  • Sebarang pembatalan atau menarik diri dari menyertai tour perlu dilakukan selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh penerbangan. Administration fees akan dikenakan untuk setiap pembatalan.

Anda juga mungkin meminati pakej-pakej ini

Selain pakej Iraq + Kuwait, kami juga sedang mempromosikan pakej Muslim Tours yang lain seperti di bawah.
9 Hari 8 Malam
10 Hari 9 Malam
3 Hari 2 Malam
4 Hari 3 Malam
6 Hari 4 Malam
6 Hari 5 Malam
8 Hari 6 Malam