Terma & Syarat Haji

  1. Harga yang tertera di brosur atau laman web adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Tertakluk pada perubahan mata wang, surcaj bahan api, cukai tempat duduk, kekosongan bilik dan lain-lain. Sebarang perubahan akan dimaklumkan pada para jemaah dari semasa ke semasa.
  2. Tarikh penerbangan dan pilihan kapal terbang chatar adalah tertakluk sepenuhnya oleh pihak Penerbangan dan Tabung Haji.
  3. Jika tempoh bilangan hari melebihi 42 hari seperti dalam brouser jemaah perlu menambah bayaran bilangan lebihan hari tersebut.
  4. Tempahan tiket penerbangan (Business Class) perlu dijelaskan sepenuhnya semasa pengeluaran tiket dibuat bagi mengelakkan sebarang perubahan harga.
  5. Susunan tempat duduk dalam penerbangan chatar adalah tertakluk kepada peraturan pihak Tabung Haji dan Syarikat Penerbangan.
  6. Sebarang pertukaran atau pembatalan tempahan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan, hotel atau pihak berkaitan. Sesetengah promosi tertentu tidak membenarkan sebarang pertukaran atau pembatalan. Caj tertentu akan dikenakan untuk sebarang pertukaran atau pembatalan selepas tempahan dibuat.
  7. Tiket penerbangan yang telah dikeluarkan tertakluk kepada syarat “Non-Reroutable / Non-Endorsable / Non-Refundable oleh pihak penerbangan dan sebarang pemulangan semula wang (Refund) jika ada tertakluk kepada budi bicara pihak penerbangan.
  8. Bayaran pakej berserta kos visa  tidak akan dikembalikansekiranya pembatalan tempahan dibuat melainkan diberi kelonggaran oleh pihak-pihak berkaitan.
  9. Sebarang pertukaran dan pembatalan hendaklah dibuat secara terus di pejabat Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd pada waktu pejabat (kecuali cuti umum).
  10. Nama peserta mestilah mengikut passport seperti yang dikehendaki oleh pihak berkuasa, Syarikat Penerbangan, Hotel atau Pihak Berkaitan. Pertukaran nama tidak dibenarkanselepas pengeluaran tiket dibuat.
  11. Peserta digalakkan untuk membeli insurans perjalanan untuk melindungi diri mereka dairpada kemalangan, penyakit, kehilangan wang atau bagasi, pembatalan dan kelewatan penerbangan.
  12. Pihak berkuasa, Syarikat Penerbangan, Hotel atau Pihak Berkaitan boleh mengenakan sebarang sekatan atau syarat-syarat perjalanan tambahan pada bila-bila masa.
  13. Aturcara pakej yang dibuat adalah berdasarkan jadual penerbangan dan perancangan pengurusan di Malaysia. Sebarang tarikh, laluan dan masa penerbangan (Reschedule) adalah tertakluk kepada pihak penerbangan dan pengurusan ejen kami di luar negara.
  14. Semua peserta yang mengikuti program pakej lawatan kami dianggap telah membaca, memahami dan menerima semua terma dan syarat di atas.
  • Perkhidmatan Masya’ir naik taraf (PMN) disediakan secara pilihan dengan bayaran kecuali Pakej A.
  • Pakej akhir di Madinah: Jika ada permintaan baru untuk (2 sebilik) akan disediakan dengan kos bayaran tambahan.
  • Tambahan RM13,000 seorang untuk tiket kelas perniagaan. (pergi dan balik).
  • Bayaran tambahan dikenakan untuk pengurangan atau penambahan bilangan hari berbeza dari tarikh asal. (pengangkutan & penginapan) ke semua pakej terlibat.
  • Bayaran tambahan tiket kapal terbang dan pengangkutan untuk jemaah yang balik awal tidak melalui KT Tabung Haji (tiket sehala).