Maklumat Syarikat

Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd

Reg No: 199601015609 (387959-X)
Pengelola Jemaah Haji Tabung Haji, Pengelola Umrah Berpengalaman & Tadabbur Jelajah Sirah bersama Muslim Tours.
Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd
Dato Seri Hj Zainal Abidin
Dato Seri Hj Zainal Abidin

Pengerusi Eksekutif

Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd diasaskan oleh Dato’ Seri Hj Zainal Abidin yang mengutamakan kemudahan dan keselesaan dalam beribadah. Zahafiz menawarkan perkhidmatan Haji, Umrah, Muslim Tours, tempahan tiket penerbangan dan juga hotel. Pakej umrah VIP dan umrah “Customise” juga ditawarkan kepada jemaah yang mempunyai keinginan atau keperluan khusus untuk para jemaah.

Pengenalan

Zahafiz Travel & Tours Sdn. Bhd. dahulunya dikenali sebagai El-Rayan Travel & Tours Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada 21 Mei 1996 dan beroperasi sekitar kawasan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kini telah mengorak langkah ke Semenanjung Malaysia dan Singapura.

Tujuan penubuhannya adalah untuk menyahut seruan kerajaan agar lebih ramai Bumiputera melibatkan diri dalam bidang pelancongan di samping membantu pembangunan ekonomi Negara terutama di dalam bidang Pelancongan.

Syarikat ditubuhkan bukan untuk perniagaan “pelancongan ibadat” semata-mata tetapi fokus utama Syarikat ialah untuk membantu masyarakat menghayati dan mengamalkan cara hidup Islam melalui kesempurnaan ibadat haji dan umrah. Matlamat utama Syarikat ialah membantu jemaahnya memperolehi haji yang makmur dan umrah yang makbul melalui kualiti perkhidmatan yang diberikan.

Syarikat bersedia menyediakan pelbagai pakej Haji dan Umrah dengan harga yang menarik bersama penginapan bertaraf empat kelima bintang serta kemudahan katering untuk Haji dan Umrah.

Syarikat juga menyediakan beberapa pakej pelancongan yang menarik di seluruh Malaysia bagi menggalakkan pelancongan di dalam Negara. Syarikat telah membuat persediaan pada awal tahun 2004 dengan mempromosikan pakej-pakej dalam negeri di Road Show Malaysia, Travel Mart dan MATTA Fair.

Pada tahun 2005, Syarikat telah menetapkan satu misi baru dengan memberi fokus kepada perkembangan Syarikat yang menjurus kepada pelancongan dalam dan luar Negara termasuk bidang jualan tiket.

Berstatus Pengelola Jemaah Haji (PJH)

20 tahun dilesenkan oleh Tabung Haji sebagai PJH adalah bukti kepakaran dan kecemerlangan pengurusan jemaah Haji Malaysia oleh Zahafiz selain Umrah & Muslim Tours.

Lebih 10,000 trip!

Zahafiz Travel & Tours telah membawa jemaah ke lebih 500 tempat menarik seluruh dunia selain Mekah dan Madinah, Trip Muslim Tours dalam tadabbur sirah.

Perkhidmatan untuk semua lapisan

Zahafiz Travel & Tours menguruskan jemaah dari Pakej Ekonomi dengan lengkap dan selesa; sehingga jemaah VIP dengan Pakej Premium yang Eksklusif.

Perkhidmatan 5 bintang

Zahafiz Travel & Tours telah mendapat pelbagai pengiktirafan termasuk daripada Tabung Haji dan pelbagai agensi serta mempunyai rekod yang bersih dari segi pengurusan dan pengalaman pelanggan.

Objektif

haji 2023
Jemaah Mabrur, Zahafiz Unggul
Umrah Zahafiz

Khidmat Pelanggan

Khidmat Pelanggan
hOTEL hAJI zAHAFIZ
Muslim Tours Malaysia

InsyaAllah, perjalanan anda akan lebih mudah, selesa dan yakin dengan bimbingan dan khidmat daripada pegawai Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd.