[ZAHAFIZ MUSLIM TOURS PACKAGE]

Dubai, Abu Dhabi

4-9 Mei 2023
5 Hari 4 Malam

RM 5,990

Tempah promosi trip istimewa 2024 ke Dubai, Abu Dhabi hanya bersama Zahafiz Travel. Atau hubungi terus pegawai jualan kami dengan menekan butang Whatsapp yang disediakan di bawah.

Aturcara Program

Hari 01
Lokasi

KLIA-DUBAI-SHARJAH

Makan & Minum

MM

Berkumpul di KLIA untuk pernerbangan ke Dubai. Setibanya di Dubai, kita akan menuju ke bandar Sharjah yang dikenali sebagai lbukota Budaya Dunia Arab dan daftar masuk hotel. Pada sebelah petang, kita berkunjung ke Blue Souk dimana seni bina kompleks ini berasaskan jubin biru dan merupakan tempat yang diminati orang tempatan.
Hari 02
Lokasi

SHARJAH-DUBAI

Makan & Minum

SP/MT/MM

Aturcara Sharjah hari ini bermula dengan sesi bergambar di Buhaira Corniche disamping menikmati pemandangan waterfront yang indah. Seterusnya kita menuju ke Muzium Tamadun Islam. Muzium ini, dibuka pada 2008, mempunyai lebih daripada 5,000 artifak dari Tamadun Islam. Koleksi termasuk kaligrafi, ukiran, seramik, syiling, kaca, manuskrip, kerja logam dan instrumen saintifik. Selepas itu, bergambar di Bulatan Quran yang merupakan salah satu symbol ikonik bandar Sharjah. Selepas makan tengahari, kita menuju ke Dubai dan bergambar di Dubai Frame; bingkai gambar yang terbesar di dunia. Seterusnya, berkunjung ke Leather dan Carpet Factory untuk persembahan fashion show dan membeli belah.
Hari 03
Lokasi

DUBAI-ABU DHABI-DUBAI

Makan & Minum

SP/MT/MM

Hari ini, bertolak ke Abu Dhabi untuk lawatan ke Kompleks Ferrari World. Di sini anda berpeluang bergambar dengan kereta mewah Ferrari dan berkunjung ke Kedai Official Ferrari untuk mendapatkan koleksi cenderahati. Seterusnya, kita menziarahi masjid yang terbesar dan terunggul iaitu Masjid Sheikh Zayed. Bersolat dan masa lapang di Plaza Sheikh Zayed. Setelah selesai, kita bergerak pulang ke Dubai dan dibawa mengunjungi Global Village. Global Village merupakan satu pusat tarikan pelbagai budaya yang digemari seluruh dunia. **Global Village akan digantikan dengan Ibn Battuta Mall sekiranya tidak beroperasi**
Hari 04
Lokasi

DUBAI

Makan & Minum

SP/MT/MM

Aturcara hari ini akan fokus kepada bandar Dubai yang moden dimana ikon-ikon terunggul dunia di bina di kawasan ini seperti Burj Al Arab di pantai Jumeirah, Dubai Marina, Dubai Walk, The Palm Island dan banyak lagi. Peserta dapat menikmati kemewahan suasana di sini dan berkesempatan melawat Souk Madinat. Kemudian, bertolak balik ke hotel untuk acara seterusnya iaitu Desert Safari dimana anda akan dibawa menaiki Jeep pacuan empatroda ke padang pasir. Di sini, anda dapat menikmati pemandangan yang cantik, bermain dan bergambar diatas padang pasir dan seterusnya dibawa ke kem untuk bersantai sambil menikmati persembahan Belly Dance.
Hari 06
Lokasi

DUBAI - KLIA

Makan & Minum

SP/MT

Masa lapang di hotel sehingga waktu checkout. Aturcara terakhir kita ialah mengunjungi Kota Lama Dubai. Disana, anda akan mengunjungi KUBU AL-FAHIDI, kemudian menaiki ABRA untuk melintasi sungai ke Souk Emas, Souk Rempah-Rempah dan Souk Naif. Seterusnya, kita menuju ke Dubai Mall, kompleks membeli-belah yang berprestij dunia. Di sini anda juga berpeluang bergambar dengan akuarium gergasi, Burj Khalifa; bangunan tertinggi di dunia dan Dubai Fountain yang terbesar di dunia. Selesai sudah acara penggembaraan kita berangkat ke lapangan terbang untuk penerbangan ke tanahair. Semoga semua membawa pulang kenangan terindah dari UAE
Hari 06
Lokasi

KLIA

Makan & Minum
Ketibaan di KLIA

Nota Penting:

  • Sila pastikan telah menerima sepenuhnya 2 suntikan Dos vaksin (sinovac/pfrizer/astra zeneca).
  • Jadual penerbangan bergantung pada kekosongan Airline.
  • Sebarang naik taraf seat penerbangan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh penerbangan.
  • Perjalanan aturcara tertakluk kepada perubahan.
  • Harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan semasa.
  • Pihak syarikat berhak untuk mengubah hotel penginapan dari hotel yang dinyatakan di dalam brosur atau surat pengesahan pakej diatas sebab-sebab tiada kekosongan atau masalah kerosakan bilik.
  • Sekiranya berlaku, kami tidak memberi jaminan tetapi akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan hotel penginapan ganti yang setaraf atau lebih baik.
  • Harga semua pakej didalam brosur ini adalah mengikut nilai matawang MYR semasa.
  • Oleh kerana nilai matawang MYR berubah berbanding US Dollar (USD) atau lain-lain matawang berkaitan, harga pakej boleh berubah mengikut kadar nilaian MYR semasa berbanding nilaian matawang asing tersebut.
  • Sebarang pembatalan atau menarik diri dari menyertai tour perlu dilakukan selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh penerbangan. Administration fees akan dikenakan untuk setiap pembatalan.

Anda juga mungkin meminati pakej-pakej ini

Selain pakej Dubai, Abu Dhabi, kami juga sedang mempromosikan pakej Muslim Tours yang lain seperti di bawah.
9 Hari 8 Malam
10 Hari 9 Malam
3 Hari 2 Malam
4 Hari 3 Malam
6 Hari 4 Malam
6 Hari 5 Malam
8 Hari 6 Malam
6 Hari 5 Malam